Showing posts with label fakta. Show all posts
Showing posts with label fakta. Show all posts

Sunday, April 24, 2011

Timbang Berat Blog? Saya Dah!! Anda Bila Lagi?

Wallo wallo

Assalamualaikum readers yang disayangi sekalian..

Ewahhh mcm bagi mukadimah ceramahla plakkan..Memang nak bagi info sikit di malam hening ni..terasa segar selepas solat maghrib :)

JOM TIMBANG BERAT BLOG!!!!

kampen 1 Malaysia untuk timbang berat blog..Ingat berat badan je ke yang ada penimbang.blog pun ada gak enn..dgn alat penimbang yang canggih ini awak boleh tahu berapa berat blog awak..yang banyak widget kat blog tu comfirm2 berat sejuta 6.tol tak.bila banyak sangat widget blog jadi berat then bile blog jadi berat menyebabkan blog kita bila org bukak jadi lambat loading..kla saya memang saya angin eenn kla bukak blog nak stalker tapi blog tu 30 minit baru dapat view *okey tipu..then saya akan membuat keputusan dengan tulus seikhlas hati tekan button pangkah maknenya close blog tu,..hehehehehe sorry terkejam sedikit :p

Okey sesapa yang nak timbang berat blog bolehla timbang kat monica ni..ewah saya da bagi nama da kat penimbang ajaib tu..so skung korang leyla check berat blog korang..

Ni berat blog saya enn..


wah berat blog saya 168.02 kb so blog saya kla korang bukak tunggu 0.59 saat je then bolehla tgk taman rama-rama kat blog saya nanti.xsempat pusing blakang pun blog saya da dapat view secara full da...hehehe..so selamat mencuba enn :)

p/s: penimbang ajaib ni saya jumpa kat blog sape entah..lupe enn blog sape so xley nak kreditkan kt blog berkenaan..hehehe

Fake Blackberry? Haiiya..Bace Tips Ni Sebelum Beli Blackberry

Wallo wallo

Assalamualaikum dan selamat petang readers

Panas yang amat sangat kot hari ni..semalam hujan hari ni panas pulak.bestnya nikmat ALLAH ni kan.arap2 ptg ni tak hujanlakan sebab nak pegi changlun jap nak belikan hadiah kat Prof..hehehe sweet tak saya? sangatkan..Nak cube pegi ushala harga blackberry torch kat changlunla ptg ni..nak cube tgk fake ke betul2..hahaha.pulak..puihh mcm xda keja len jekan..

Korang ada terpenah kena tak beli BB fake contohnya dari china ke tapi dia buat mcm original?huh? ada?kesian betul..korang ada tak yang penah beli BB yang recon? contohnya BB tu secondhand tapi dia buat mcm baru balik sedangkan kat dalam tu dah karat gile vaving da enn..penah?takpe jgn nangis enn, nanti Tuhan balas kat akhirat ennn orang yg jual brg fake tu..sabar okey..

Mana taknya, sana sini promosi BB, maxis celcom digi public phone semua nak promote pakai BB..so semua orang nak pakai BB..senang nak facebook katanya.duk baring kat katil sambil goyang kepala sebab dengar syok dgr lagu stacy pun blh fb kan..nak berak pun ley fb tanpa perlu angkut laptop masuk toiletkan.nak twitter pun senang gn BB, tweet sana tweet sini sampai tertweet twitter Aaron Aziz..huh kan xpasal2 aaron aziz msk meminang..puuihh *imposible..hehehe..Ehh BB pun ley blogging nyah oii..xcaya enn?bolehla weehh nanti sambil makan sotong celup tepung pun ley tulis entry enn..canggih tak?sebab tu semua org mcm nak pakai diakan..batery pun mcm save je enn..xmcm iphone, pakai 1 hari da kena caj balik..haiyaa..*cceehh tetiba kutuk iphone..hahaha..bila semua org da demand nak BB so seller ni pun ape lagi tanduk da kuar da kepala..ops rupenya pakai cekak rambut yang ada tanduk tu..diaorng ape lagi amik kesempatanla nak penuhi demand tu.so BB yang secondhand pun diaorang setting jadi baru balik, tukar itu, tukar ini settle da blh jual BB bold 2 RM1300..ada bran? bodoh punya seller..xda otak ka..jadi ptg ni dgn cuaca yang panas sambil melahap karipap beli kat cafe tadi saya nak bagi tips sebelum beli blackberry ekk..supaya korang tak kena tipula..hehehe

yelakan takkanla korang nak stalker semua BB tu sampai bukak skru2 semua..tak logikla plakkan..so kita guna cara yang pantas dan bijak..kadang2 seller pun tak tahu cara ni..saya bace dekat cik guggirl tadi, mat saleh tu duk cite pasal BB so saya sharela gn korang semua enn..hahaha

Status BB yang baru (Brand new in box)
  • pergi kat OPTION then pegi ke STATUS
  • Tukarkan huruf CAPSLOCK then BURY
  • Then akan kuar DATA USAGE dan VOICE USAGE
  • Kla korang tgk data usage BB tu melebihi 250k, itu adalah BB FAKE
  • Kla korang tgk voice usage melebihi 1 min, itu adalah BB FAKE


;

;



korang tgk hasil tu..nanti sebelum beli check mcmni dulu ekk sebelum kena tipu nanti xdapetla nak tlg..kla ada kwn gn gangster untunglakan..kasi tutup itu kedai ma..*AYUNI..gagagaggaga

bye :)

Thursday, April 14, 2011

Ingat Senang Ke nak Jadi Guru? Puiihh!!!

Wallo wallo

Malam ni nak cakap pasal guru. Orang cakap guru diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain yang digelar sebagai pelajar.. Betul ke guru ni lilin?? lilin kla kena api mesti cairkan..cube korang letak tangan korang kat lilin tu then tunggu air lilin tu menitis..ape rasa ekk? sakit tak? So mcm tu la guru..Guru menghadapi pelbagai halangan demi untuk bagi ilmu kat orang lain yang tiada pertalian darah dengannya, hanyalah saudara sesama islam..Gaji?? Yup guru bagi ilmu sebab nak gajila..bongok..sape keja tak nak gaji.tapi jauh disudut hati guru, mereka mahukan anak didiknya berjaya..betul tak wahai bakal2 guru sekalian..

Tadi aku ada bace satu entry pasal pemilihan nak gi Universiti lepas SPM..dia bagi cadangan supe budak2 lepasan spm ni pilih pegi IPG or maktad perguruan..dia jugak cakap sesape yang rasa resultnya rendah bolehla mintah pape course yang rendah2 pun asalkan dapat masuk universiti then bila da grad bolehla amik KPLI.dia cakap lagi kpli blaja setahun then keluar jadi cikgu..senangkan...KPLI stand for Khusus perguruan lepasan ijazah..Hahahaha.kelakar disitu..sebab setahu aku yang nak amik course cikgu yang tak lepas ni, kla sesape nak masuk IPG kena dapat A banyak2 dalam SPM kan..adik kawan aku yang blaja kat MRSM terengganu dapat 10A baru dapat masuk IPG..then dia jugak cakap semua yang masuk IPG ni boleh dikatakan budak2 yang pintar dan dapat result yang terbaik dalam SPM..so fakta yang dia bagi adalah salah jika student yang dapat result yang rendah boleh dapat masuk IPG..jgn mimipi okey..

Then pasal amik course yang rendah2 then grad boleh sambung KPLI then jadi cikgu..wahhh agak senang disitu ye puan puan dan tuan tuan sekalian..aku pun nak mcm tu..hahaha.. Untuk pengetahuan saudara diluar sana BUKAN SENANG nak masuk KPLI okey..sangat susah..banyak interview yang korang akan lalui..sebenarnya program ni untuk graduan yang dapat result yang baik time grad tapi still xdapat keja..yang aku tahu kebanyakkan calon yang diambil ialah calon yang mengambil course yang sangat killer time kat universiti dulu. contannya, akaun, kejuruteraan..diaorang ni akan diserap dan akan jadi guru yang mengajar matapelajaran yang susah kat sekolah mcm akaun, fizik, sains dan sebagainya. sebab ape kitakan kekurangan guru yang mcm ke arah sains2 ni..then gaji diaorang pun akan lebih sikit dari guru biasa sebab mereka digolongkan dalam golongan profesional..hahaha..mana aku tahu ni?? adooiyaa blh dikatakan keseluruhan family aku adalah guru..aku je tak...so jgnla adik2 semua membuat keputusan yang salah dengan memilih course2 yang xokey semata-mata nak tunggu grad nak mintak KPLI..dont try this at home..hehehe

Kla korang tak caya korang gi universiti then korang tanya bape result masuk universiti amik course pendidikan ni..jgnla cakap amik course cikgu, nanti nampak sangat batakkan..so dengarla diaorang akan jawab, pointer mereka kebanyakkannya 3.30 something ke atas bagi guru2 yang amik matapelajaran yang susah2 macam bio, fizik, math dan sebagainya..ada jugak guru2 yang masuk uni dengan pointer 3.0 je tapi maybe dia lepas time interview dan mengambil matapelajaran seperti mengajar budak2 cacat or ape2 jela yang mcm kurang sikit..tapi seyes beb kla nak amik course pendidikan memerlukan result yang baik..so jgn pandang remeh pada course ini..so adik2 pilihla jalan mana yang anda mahukan..hahaha

akhir kata hormatila guru kerana guru adalah seorang yang berilmu :)

p/s: kla saya salah sila tegur yee

Monday, March 7, 2011

Sebab Lelaki Suka Curang

hahaha..tetiba plak nak tulis entry pasal lelaki curang ni..aku bukan ape tadi aku tengah-tengah sembang gn kawan aku pasal lelaki curang..agak-agak korang nape ekkk lebih ramai lelaki curang dari perempuan? hahaha persoalankan..so bila pikir-pikir balik aku rasa aku tahu jawapannya..sebab ape ramai sangat da kawan-kawan aku yang alami benda ni..isseeyymann....hehehe..so kalau sesapa terasa diharap jgn berak okey :)

Time bercinta bukan main lagi ayat taknak kalahla der

"baby, baby jgn risau hubby akan sentiasa ada dgn baby dlm susah dan senang"

"ayang, abg xkisah ayang gemuk ke pendek botak ke, abg tetap nak kat ayang"

"darling!!pls jgn ckp mcm tu..daddy takkan tinggalkan darling okey"

"mama, mama ada segalanya bagi papa..gunung kinabalu sanggup papa daki, lautan merah papa renangi, unggul api papa sanggup pijak wahai mamaku sayang"


Tu ayat time bercinta..bila time dah benci, macam2 kuar kat mulut lelaki tu


"woii ko ni knp, busukla sial..ko gosok gigi tak??kla dgn minah xdala busuk mcmni"

"dahla ko pegi jahanamla, aku da loya gn perangai ko yg mcm vavi ni"

"aku rasa kita memang tak serasila wehh, ko hudoh aku ensem..jom break"

"ko ni kenapa ekk, suka membebel mcm mak nenek je..hiishhh rimasla giler kalau hari2 mcmni"


Hahahahaha nampak tak perbezaan antara dua situasi tu..Ramai pempuan menjawab,

“Nama lagi lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!”


Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan wanita merasa tenang juga kan? Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual…jom kita tgk pendapat aku tentang lelaki curang...cikidow

Funny Myspace Comments



Sebab lelaki curang:

1. BOSAN
korang tahu tak yang lelaki ni ada sifat buruk iaitu cepat bosan..bukan semua lelakila..yang aku cakap ni kepada lelaki yg penah curangla..bagi aku diaorang ni cepat bosan dgn sesuatu benda..sama jugak bosan dgn perempuan..memangla mula-mula bercinta tu semuanya manis, kentut pun wangi bhai..tapi bila dah lame-lame tu semua perangai kuarlakan..perangai yang kuar tu plak buruk mengalahkan setan..yang perempuan plak biasala ada sifat mengada-ngadakan..mestila nak bermanja nak merengek-rengek..mesti lelaki tu rasa rimaskan..wehh lelaki, kla ko rasa rimas, baik tak payah bercinta..g duk kat bukit bercinta gn singa, xda nak bermanja-manja terus kena ngap!!! Perempuan ni sebenarnya dianugerahkan dengan sifat yang berhati-hatikan, cerewet n sebagainya..bila lelaki tu salah comfirm-comfirmla perempuan tu akan membebel..so bila membebel, bingitla sial kata si lelaki..so benda-benda mcmnila yang buatkan lelaki tu cpt bosan.

2. SAJE SUKA-SUKA
sebab bangang ni aku memang tak boleh bla..hahaha..mcm gampang..most of them sendiri pun kadang-kadang bila ditanya nape curang diaorang sendiri pun xpasti..ni la sebabnya..1st mereka just nak suka-suka..saje nak test market..mulala bersiul bunyi tikus..aku menyampah gila kla lelaki bersiul bunyi tikus..bila perempuan layan mulala lupekan awek kat umah..boleh plak bagitau kat perempuan tu xda awekla apela..hidupla ko dalam angan-angan wahai lelaki tipu sana tipu sini then kantoi..yang sebenarnya tak sayang pun kat perempuan tu tapi just nak suka-suka je pun..bila da kantoi clashla jawabnya..pdn muke!!


3. PLAYBOY
cehhh yang jenis playboy ni yang tak tahannya..muka mcm longkang tapi ada hati nak jadi playboy..kla betul-betul hensem mcm Awal Ashaari xpela jugak nak jadi playboy..jenis lelaki mcmni adalah tergolong dalam kalangan lelaki bajek hensem.."ehh aku hensemla, mesti ramai nak kat aku.mesti saham aku tinggi..test jap"..boleh plak bercouple dengan 4 orang perempuan dalam satu masa..lelaki jns mcmni sangat pandai mengagihkan masa..tabik spring enn gan lu der, sebab leh berSMS dengan 4 perempuan dalam satu masa..bila dating plak, pagi kuar gn minah, tghhari kuar gn limah, ptg gn joyah, malam plak ngn siti,..part yang paling best bila kantoi beradap..nah amik ko..xpayah nak playboy sangatlakan, cubela jadi setia sikit.

4. PEREMPUAN BERUBAH
ada jugak aku tanya kawan lelaki aku ni yang penah curang gn awek dia..selamba dia boleh cakap yang SI A ni dah tak cantik..keji terulung kot..Mana taknya dulu 1st kenal, "gentlela beb awek aku ni lawa gilala, putih gebu lagi"..tapi bila dah kahwin, perut pun dah boroi da...da serabai da..nak pandang pun xnakla cik kiah oiii..pi la usha awek lain..tapi si lelaki ni xsedar ke perempuan tu akan sama je pas kahwin..so bagi perempuan plak jagela penampilan supaya tidak dicurangi..

5. TAKDA ANAK
Benda ni pun tak boleh salahkan lelaki jugak tapi kena jugak salahkan laki sebab semua ni adalah ketentuan Tuhan..bini xley beranak terus ko cari len enn..jahat enn ko..tgk2 perempuan yg ko cari tu pun xboleh bagi ko anak jugak..nah amik ko..padan muke..

6. BERJAUHAN
hehehe, sebab yang paling power ialah berjauhan antara satu sama lain...adoiii ramai kot org disekeliling aku ni curang dengan couple masing2 dengan alasan jauh..mana taknya jeleslakan tgk couple2 len kuar dating semua..nak jugak pi cari awek len kat tempat blaja ni..satu sebab lagi sebab bosan dan sunyi bila berjauhan so mulala nak cari penganti..BULLSHIT.jahat betul lelaki ni...kebanyakkannya lelaki okey yang buat keja terkutuk ni..hello, jarak bukan alasan okey kla kita sayangkan seseorang tu..


tu jela serba sedikit..malas nak cakap panjang-panjang nanti ada lelaki terjun bukitkan..aku bukan nak downkan lelaki ke ape tapi skung ni aku curious n wondering, why do men cheat on women?? malu la sikit kat diri kau..lelaki..kau nak jadi PEMIMPIN..kau nak jadi ketua keluarga..kau juga seorang khalifah kat dunia ni...jangan MEMALUKAN diri sendiri dengan perangai kau yang tak semenggah ni...tidak ingatkah janji lelaki itu pada yang tersayang dulu-dulu? mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan perempuan?

CURANG. yg Dicurang selalu tertanya Apa Puncanya..yg mencurang pula selalu overlooked..Apa Akibatnya. Haiz.. Kisah tak abis mcm ini! Sebetulnya si Pencurang tadi ingatkan boleh venture kat luar situ with intention to Find The Right One. Atau sekadar ‘Pleasures of the Moment’. kenapa tidak BE THE RIGHT ONE?? Kita tak akan jumpa the right one selagi kita sendiri tak Be The One.

Ingat satu benda,

'Bila kita rasa nak curang, INGATLAH orang yang kita sayang sentiasa jujur dan setia dgn kita'


Thursday, March 3, 2011

Sebab Lelaki Hensem Still Single Mingle

Tadi time nak balik training, ada member aku msg aku suh carikan awek UUM untuk dia..hishhh mamat ni tak keja len ke..dah pupus sangat ke awek kt UPM tu sampai suh aku usha awek kat UUM ni..Satu benda je aku heran gn mamat sengal ni, dia ensem beb (tapi bkn taste aku), ramai gakla kwn aku mcm suka dia time dia dtg MASUM kt UUM tahun 2009 hari tu..Time kat sekolah dulu pun bukan xda orang nak kat dia, beratur sambil amik no nak kat dia.tapi yang pelik tak da sorang pun yg dia sangkut..pelik bin ajaib..Hari tu ada member aku kenalkan awek kat dia tapi msg 2 3 hari lenyap..bongok mcm tu la..biasala orang hensem

korang tahu tak kenapa lelaki hensem skung ni still single menyingle ni, sdgkan yg muka mcm nak pecah rumah pun dapat awek superb..hehehe

so kite layan jap

Funny Myspace Comments


Terlalu jual mahal

Kebiasaanya orang yang kacak ini agak jual mahal walaupun ada kalanya dalam hati suka. Bajek malu-malu miiaaaww je ko en!! Keegoannya agak tinggi, mungkin si hemsem merasakan dirinya digilai ramai, petik sahaja 10 yang datang (minah endon keja kilang yg dtg). Kononnya mahu pilih yang terbaik tetapi akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Menyampahla gila gan lelaki macam ni..hipokrit memanjang je, perasan bagus..Kakau aku jumpa lelaki macam nie, goodbye.


Sukar di dekati

Perempuan biasanya akan menganggap si jejaka hemsem ni agak sukar untuk didekati, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai pasangan. Bila tengok Febregas, fuuhhh hensemla sial, agak-agak boleh dapat tak? Comfirm2 la tak dapat en..agak-agak en taste ko tu perempuan.. Ceh, kononnya, banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan yang merebut cintanya, apabila semua sudah beranggapan demikian, ini bermakna sampai tua lah si hemsem membujang.Padan muke ko oohh lelaki.


Maintenance tinggi

Kebiasaannya lelaki hemsem ini dikatakan mempunyai maintenance yang agak tinggi, pakaian, minyak wangi, jam tangan, semuanya berjenama dan ada kalanya mencecah beratus ringgit. Nak berlagak konon-konon pandai dressup, stylo la sangatkan. Nak bajek depan perempuan. So ini akan menyebabkan si gadis takut untuk mendekati lelaki tersebut risau kopak duit si gadis. Manala tahu kot2 laki tu kaki kikis ke ape ke :)


Pernah dikecewakan

Oleh kerana sudah serik bercinta si jejaka hemsem lebih bahagia bersendirian, biarpun terlalu banyak yang datang menagih cinta, namun masih belum dapat mengubati lukanya. Baginya, dia tidak perlu sia-siakan hidupnya dengan perempuan yang tidak pandai menghargai dirinya, lebih baik sendiri daripada menderita kerana cinta. Ooohh hati terluka, bila ternyata ko menduakan cinta, ewwahh nyanyi sikit..


Mencari pasangan ideal

Pipit sama pipit, enggang sama enggang , masakan boleh terbang sama, begitulah kata pepatah. Orang yang hemsem pasti mencari orang yang cantik juga, namun harus diingat kan bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan, akurlah pada jodoh yang datang. Tengok skung ni perempuan cantik dapat kat lelaki muka longkang, lelaki hensem dapat kat perempuan kurang cantik..Tapi aku ada buat small kajian, bila lelaki hensem kahwin dengan perempuan yang tak lawa, anak kuar jadi lawa..bila lelaki hensem dengan perempuan cantik, anak kuar kurang lawa..Apakah itu sekadar teori??


Terlalu banyak pilihan

Aduh…pening kepala nak memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman hidup. Orang hemsem katakan sering di kerumuni dengan bermacam-macam jenis perempuan, kalau pilih yang di sana, di sini akan terluka, kalau pilih di sini, disana pula yang akan kecewa. Akhirnya, dua-dua di tolak jadi lah single sehingga hari ini.


Terlalu komited dengan kerjaya

Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa dengan cinta. Orang hemsem biasanya berfikir yang mereka mudah untuk mendapat cinta. Oleh kerana itulah lah cinta sentiasa menjadi nombor dua dan kerjaya menjadi yang pertama, namun mereka lupa usia tidak menunggu kita. sebab itulah, ekoran terlalu komited dan lalai dengan kerja sehingga ke hari ini masih lagi bujang.

Diatas hanya sekadar pandangan aku je..tapi aku rasa mcm betul ape yg aku tulis tu..kla ada yang terasa jgn amik jantung okey..berbalik pada cite kawan aku tu, adakah beliau single disebabkan ciri-ciri diatas atau dia GAY??

Hahahahaha, jangan marah

Its me, syi kuzandra