Tadi time nak balik training, ada member aku msg aku suh carikan awek UUM untuk dia..hishhh mamat ni tak keja len ke..dah pupus sangat ke awek kt UPM tu sampai suh aku usha awek kat UUM ni..Satu benda je aku heran gn mamat sengal ni, dia ensem beb (tapi bkn taste aku), ramai gakla kwn aku mcm suka dia time dia dtg MASUM kt UUM tahun 2009 hari tu..Time kat sekolah dulu pun bukan xda orang nak kat dia, beratur sambil amik no nak kat dia.tapi yang pelik tak da sorang pun yg dia sangkut..pelik bin ajaib..Hari tu ada member aku kenalkan awek kat dia tapi msg 2 3 hari lenyap..bongok mcm tu la..biasala orang hensem
korang tahu tak kenapa lelaki hensem skung ni still single menyingle ni, sdgkan yg muka mcm nak pecah rumah pun dapat awek superb..hehehe
so kite layan jap
Terlalu jual mahal
Kebiasaanya orang yang kacak ini agak jual mahal walaupun ada kalanya dalam hati suka. Bajek malu-malu miiaaaww je ko en!! Keegoannya agak tinggi, mungkin si hemsem merasakan dirinya digilai ramai, petik sahaja 10 yang datang (minah endon keja kilang yg dtg). Kononnya mahu pilih yang terbaik tetapi akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Menyampahla gila gan lelaki macam ni..hipokrit memanjang je, perasan bagus..Kakau aku jumpa lelaki macam nie, goodbye.
Sukar di dekati
Perempuan biasanya akan menganggap si jejaka hemsem ni agak sukar untuk didekati, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai pasangan. Bila tengok Febregas, fuuhhh hensemla sial, agak-agak boleh dapat tak? Comfirm2 la tak dapat en..agak-agak en taste ko tu perempuan.. Ceh, kononnya, banyak cabaran yang perlu dihadapi termasuklah berhadapan dengan saingan yang merebut cintanya, apabila semua sudah beranggapan demikian, ini bermakna sampai tua lah si hemsem membujang.Padan muke ko oohh lelaki.
Maintenance tinggi
Kebiasaannya lelaki hemsem ini dikatakan mempunyai maintenance yang agak tinggi, pakaian, minyak wangi, jam tangan, semuanya berjenama dan ada kalanya mencecah beratus ringgit. Nak berlagak konon-konon pandai dressup, stylo la sangatkan. Nak bajek depan perempuan. So ini akan menyebabkan si gadis takut untuk mendekati lelaki tersebut risau kopak duit si gadis. Manala tahu kot2 laki tu kaki kikis ke ape ke :)
Pernah dikecewakan
Oleh kerana sudah serik bercinta si jejaka hemsem lebih bahagia bersendirian, biarpun terlalu banyak yang datang menagih cinta, namun masih belum dapat mengubati lukanya. Baginya, dia tidak perlu sia-siakan hidupnya dengan perempuan yang tidak pandai menghargai dirinya, lebih baik sendiri daripada menderita kerana cinta. Ooohh hati terluka, bila ternyata ko menduakan cinta, ewwahh nyanyi sikit..
Mencari pasangan ideal
Pipit sama pipit, enggang sama enggang , masakan boleh terbang sama, begitulah kata pepatah. Orang yang hemsem pasti mencari orang yang cantik juga, namun harus diingat kan bukan semua orang bertuah boleh hidup bersama dengan insan yang diimpikan, akurlah pada jodoh yang datang. Tengok skung ni perempuan cantik dapat kat lelaki muka longkang, lelaki hensem dapat kat perempuan kurang cantik..Tapi aku ada buat small kajian, bila lelaki hensem kahwin dengan perempuan yang tak lawa, anak kuar jadi lawa..bila lelaki hensem dengan perempuan cantik, anak kuar kurang lawa..Apakah itu sekadar teori??
Terlalu banyak pilihan
Aduh…pening kepala nak memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman hidup. Orang hemsem katakan sering di kerumuni dengan bermacam-macam jenis perempuan, kalau pilih yang di sana, di sini akan terluka, kalau pilih di sini, disana pula yang akan kecewa. Akhirnya, dua-dua di tolak jadi lah single sehingga hari ini.
Terlalu komited dengan kerjaya
Diatas hanya sekadar pandangan aku je..tapi aku rasa mcm betul ape yg aku tulis tu..kla ada yang terasa jgn amik jantung okey..berbalik pada cite kawan aku tu, adakah beliau single disebabkan ciri-ciri diatas atau dia GAY??
Hahahahaha, jangan marah
Its me, syi kuzandra











2 comments:
aku hensem tapi maintenence x tinggi pon...hahahahhaahahahahahhahaha
hahahaha..ensemla sgt ko tu..
Post a Comment