Thursday, April 14, 2011

Ingat Senang Ke nak Jadi Guru? Puiihh!!!

Wallo wallo

Malam ni nak cakap pasal guru. Orang cakap guru diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain yang digelar sebagai pelajar.. Betul ke guru ni lilin?? lilin kla kena api mesti cairkan..cube korang letak tangan korang kat lilin tu then tunggu air lilin tu menitis..ape rasa ekk? sakit tak? So mcm tu la guru..Guru menghadapi pelbagai halangan demi untuk bagi ilmu kat orang lain yang tiada pertalian darah dengannya, hanyalah saudara sesama islam..Gaji?? Yup guru bagi ilmu sebab nak gajila..bongok..sape keja tak nak gaji.tapi jauh disudut hati guru, mereka mahukan anak didiknya berjaya..betul tak wahai bakal2 guru sekalian..

Tadi aku ada bace satu entry pasal pemilihan nak gi Universiti lepas SPM..dia bagi cadangan supe budak2 lepasan spm ni pilih pegi IPG or maktad perguruan..dia jugak cakap sesape yang rasa resultnya rendah bolehla mintah pape course yang rendah2 pun asalkan dapat masuk universiti then bila da grad bolehla amik KPLI.dia cakap lagi kpli blaja setahun then keluar jadi cikgu..senangkan...KPLI stand for Khusus perguruan lepasan ijazah..Hahahaha.kelakar disitu..sebab setahu aku yang nak amik course cikgu yang tak lepas ni, kla sesape nak masuk IPG kena dapat A banyak2 dalam SPM kan..adik kawan aku yang blaja kat MRSM terengganu dapat 10A baru dapat masuk IPG..then dia jugak cakap semua yang masuk IPG ni boleh dikatakan budak2 yang pintar dan dapat result yang terbaik dalam SPM..so fakta yang dia bagi adalah salah jika student yang dapat result yang rendah boleh dapat masuk IPG..jgn mimipi okey..

Then pasal amik course yang rendah2 then grad boleh sambung KPLI then jadi cikgu..wahhh agak senang disitu ye puan puan dan tuan tuan sekalian..aku pun nak mcm tu..hahaha.. Untuk pengetahuan saudara diluar sana BUKAN SENANG nak masuk KPLI okey..sangat susah..banyak interview yang korang akan lalui..sebenarnya program ni untuk graduan yang dapat result yang baik time grad tapi still xdapat keja..yang aku tahu kebanyakkan calon yang diambil ialah calon yang mengambil course yang sangat killer time kat universiti dulu. contannya, akaun, kejuruteraan..diaorang ni akan diserap dan akan jadi guru yang mengajar matapelajaran yang susah kat sekolah mcm akaun, fizik, sains dan sebagainya. sebab ape kitakan kekurangan guru yang mcm ke arah sains2 ni..then gaji diaorang pun akan lebih sikit dari guru biasa sebab mereka digolongkan dalam golongan profesional..hahaha..mana aku tahu ni?? adooiyaa blh dikatakan keseluruhan family aku adalah guru..aku je tak...so jgnla adik2 semua membuat keputusan yang salah dengan memilih course2 yang xokey semata-mata nak tunggu grad nak mintak KPLI..dont try this at home..hehehe

Kla korang tak caya korang gi universiti then korang tanya bape result masuk universiti amik course pendidikan ni..jgnla cakap amik course cikgu, nanti nampak sangat batakkan..so dengarla diaorang akan jawab, pointer mereka kebanyakkannya 3.30 something ke atas bagi guru2 yang amik matapelajaran yang susah2 macam bio, fizik, math dan sebagainya..ada jugak guru2 yang masuk uni dengan pointer 3.0 je tapi maybe dia lepas time interview dan mengambil matapelajaran seperti mengajar budak2 cacat or ape2 jela yang mcm kurang sikit..tapi seyes beb kla nak amik course pendidikan memerlukan result yang baik..so jgn pandang remeh pada course ini..so adik2 pilihla jalan mana yang anda mahukan..hahaha

akhir kata hormatila guru kerana guru adalah seorang yang berilmu :)

p/s: kla saya salah sila tegur yee

5 comments:

Lina Shabbir said...

sejuk hati cikgu-cikgu baca entry ni :)

syi mehdi said...

hahaha..bukan takat sejuk tapi kembang da semua.. :)

anis wahida said...

haha..yg tngh bt degree pendidikan skrg pon duk memikir lpas x posting bla dah grad nt....bkn senang nk jd ckgu..bnyak cabaran..

syi mehdi said...

tahu tak pe..ape ke bongeknya blogger tu bagi nasihat kat bdk spm mcm tu..mcm tu la kla org tak tahu pape bila bckp..kesianla sape yg ikut nasihat dia tu..haiiyaaa

Anonymous said...

sy selaku guru pelatih ipg sgt setuju dgn post ni... jus nk share story, i did well 4 my spm in 2009 (i mean tgolong dlm kalangan yg straight A jugaklah)but i only managed 2 pursue my study in ipg sbg calon tambahan shj( ambilan ke2)

dis means great result x promise anythin but d most important is ur perfomance during interview... i admit that during interview... i didnt do well... but actually if u come out wif gud result n do well in interview, it is a bonus 4 u...