Sunday, May 8, 2011

Tanda-tanda Kamu Sudah Melupakan Bekas Kekasih

wallo wallo

Assalamualaikum semua..petang ni panas sangat-sangat sampaikan kepala kita pening..percaya tak kla kita ckp kita belum mkn nasi? betul enn..pagi tadi kita makan roti bakar tempek dengan jem strawberi je..entry ni kita tulis secara cepat2 okey..sebenarnya entry ni kita buat sebab semalam kita bukan formspring kita ada soalan bertanyakan "apakah tanda2 yang kita dapat melupakan kekasih"..soalan ni da 3 kali da..yang bertanya ni lelaki..dia cakap dia masih sygkan bekas kekasihnya dan mahu rujuk balik..eewwahh boleh lagi kla talak 1.hehehe..tapi dia risau kalau2 EXGF nya tu da mula lupakan dia..so entry ni kita nak share enn pendapat kita pasal melupakan bekas kekasih mengikut pengalaman kita and pengalaman kawan2 kita :)

so cikidowwww

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kita tahu rasa kehilangan dan kesedihan adalah hal wajar setiap perpisahan atau ditinggal kekasih.rindu masih terselip saat melihat tempat yang sering kali dikunjungi, makanan kesukaannya, atau bahkan masih hafal ulang tahun di dia..jiwang enn..sedih tak..hahaha

Tiap orang memerlukan waktu yang berbeza untuk menyembuhkan luka hati. macam kita, kita mengambil masa setahun untuk single dan melupakan perkara masa lalu sehingga akhirnya ALLAH mempertemukan kita dengan Muhd Hafiz Aziz..syukur sangat2..dia sangat terbaik..Alhamdulillah..so korang anggaplah kegagalan hubungan dengan bekas kekasih adalah masa lalu dan takdir Tuhan :) Jika korang kerap teringat tentangnya, tapi tak pernah terlintas keinginan ingin kembali bersama atau melupakan ulang tahunnya, pertandanya hubungan korang benar-benar sudah berakhir.

tapi ada lagi tanda-tanda lain yang kukuh mengatakan yang korang sudah benar, sangat2 benar sudah melupakan bekas kekasih korang:


1. Tidak ada keinginan untuk membelanya

okey sebelum ni, keluarga dan kawan korang mcm tak suka gan pasangan korang..maybe ada sebab2 tertentu..contohnya:

ibu korang= fahrin ahmad BF ko tu suka sangat merokok, mak tak suka..busuk bebenor nyah ooiii..

korang= ala ibu, merokok kan hobi je, hensem what kla merokok..

see!! korang boleh lihat perbezaannya selepas korang da berpisah..bila kawan2 korang cakap bagusla ko da berpisah gan si fahrin tu..dalam hati korang mengakui kebenaran kata2 kawan dan ibu korang sebelum ni..jika korang masih lagi membela pasangan korang maka korang mmg tak dapat lupakan pasangan korang lagi..


2. Tak ada perasaan romantis

Jika sebelum ni korang tgk gambar-gambar kat lappy, kat handphone konon gambar kenangan bersama. snap picture sana sini..sampaikan pasangan korang tido ternganga dalam keta pun sempat lagi snap..dan2 je enn..korang rasa mcm ada kemanisan tak bila tgk gambar tu?? rasa mcm sedih tak kla tgk gambar tu?? ada perasaan rindu tak pada kenangan tersebut..kalau tak da bermakna perasaan romatis terhadap kenangan tersebut sudah luput..bila da luput bermakna korang sudah melupakan bekas kekasih korang..


3. Tak mencari orang yang berbeza darinya

Time putus dulu bukan main lagi nyah ooiii maki hamun..

"sumpahla sial aku takkan jumpa lagi lelaki/perempuan yang muka mcm ko..penipu je lebih..dahi licin"

itu mungkin salah satu sumpahan yang akan keluar mengikut pengalaman..hahaha..tapi apabila korang bertemu dengan orang yang mirip bekas kekasih, korang tak penah terlintas pun di hati korang mahu membandingkan mereka..pada saat dan ketika ini, korang hanya nampak lelaki itu sahaja di mata korang..yang penting korang sayang dan selesa dengan orang baru ni, nescaya itula tanda2 korang da lupakan bekas kekasih korang..


4. Tidak kisah bekas kekasih mengalami kesusahan


jika khabar buruk mengatakan bekas kekasih berada dalam kesusahan, korang boleh tersenyum dan bersorak kerana bekas kekasih korang berada dalam kesusahan, bermakna korang masih lagi tidak dapat melupakan bekas kekasih..yelakan, sebab korang masih lagi fikirkan bekas kekasih korang tu, siap bersorak padan muka lagi..hahaha..tapi bila korang biasa2 sahaja ataupun tidak menunjukkan tindakbalas risau atau gembira bermakna korang sudah bebas daripada bayangan bekas kekasih korang dan dapat melupakannya..


5. Yakin bekas kekasih bertemu dengan orang yang lebih sesuai

bila dah tahu bekas kekasih da ada penganti korang mesti korang sakit hati mcm ape jekan..rasa nak lempang je perempuan tu..tapi bila korang sudah betul2 melupakan bekas kekasih korang, time dia menemukan orang lain sebagai penganti korang, bukannya rasa sakit atau marah, korang akan merasa lega ataupun kosong xda perasaan ape2. korang tak berminat untuk mengetahui apa yang membuat bekas kekasih tertarik atau keistimewaan pasangan barunya. Bagi korang, mungkin bersama orang lain akan lebih baik baginya.


6. Tak peduli lagi padanya


Kalau dulu time bercinta bukan main lagi saling bertukar2 pasword facebook..yelakan nak skodeng apa yang ada kat facebook pasangan korangkan..tiap2 hari view je facebook dia mungkin sebab berjaga2 kla dia facebook dengan orang lain ataupun sebab rindu..bila da berpisah pun still lagi nak view tgk facebook bekas kekasih..yelakan, manela tahu nak buat status in a relationship dengan sape plak selepas korang then menangis tertongeng2 ala2 lisa suriyani la kan..tapi bila korang sudah betul2 dapat melupakan bekas kekasih, korang takkan lagi amik pedulik pasal hidup diaorang..cara mudahnya, korang tak lagi nak gi buat lawatan percuma kat facebook bekas kekasih..

+++++++++++++++++++++++++++++++++


tahniah semua sebab sudah dapat melupakan bekas kekasih korang..mungkin melepaskan lebih baik daripada hidup bersama tetapi tidak bahagia..kla dia tercipta untuk kita, nescaya satu hari dia akan datang mencari kita bersama cintanya..so kepada yang sedang putus cinta, pls jangan buat sesuatu yang membodohkan diri anda, cube jadi yang lebih terbaik dan buktikan pada bekas kekasih yang dia silap kerana meninggalkan anda..cubela mencari cinta yang lain kerana cinta ada suci :)

Broken Heart Myspace Comments


let gone be bygone!!

bye

Rozita Che Wan Kantoi Menipu!!! HAHAHAHA

Wallo wallo

Artis jelita yang meletup-letup di persada hiburan, Ms. Rozita Che Wan kita ni nampaknya marah sungguh dengan MRSM Kuantan.Tiba-tiba aja nama MRSM Kuantan melonjak ke nombor 1 carta Sekolah Paling Ganas di Malaysia.Bermula dengan luahan perasaan kat dalam Pancaindera sehinggalah merebak-rebak ke blog-blog serata ruang maya, cerita anak Cik Rozita yang manis lemak berkrim ni, meletup-letup diperkatakan. Radio Era dan Hot FM pun tolong jugak quote cerita ini untuk mengisi slot pagi masing-masing.Maklumlah lebih hangat dari biasa katakan.Kita pun takut tgk muka yg mcm alien tu..eiiii..susuk ekk?? opss terlebih suda..gagagaga




jom bace statement minah ni..tak taula dia reka ke tak..hanya ALLAH saje yang tahu :)


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Gejala buli di asrama atau di sekolah sekarang dilihat pada tahap yang sangat membimbangkan. Baru2 ini anak kepada Rozita Che Wan telah menjadi mangsa buli di asrama tempatnya belajar.

Ammar Effendy, 15 tahun,yang merupakan anak sulung kepada Rozita, telah dilaporkan menjadi mangsa buli kepada pelajar Tingkatan Lima,Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan,Pahang,
“Saya tak faham kenapa budak-budak sekarang semakin jahat. Nasib baik saya ‘shooting’ ketika itu dan bekas suami yang pergi ambil anak-anak saya. Jika saya yang pergi, memang dengan mak bapa mereka saya marah,” jelas Rozita dengan nada kesal.

“Anak saya telefon saya sambil menangis beritahu dia kena buli di asrama. Dia beritahu saya, dia kena tumbuk di telinga dan dada oleh pelajar Tingkatan 5 di situ. Difahamkan, puncanya gara-gara buku yang dipinjamkan.

“Mujur apabila buat pemeriksaan X-Ray, tidak ada apa-apa yang teruk berlaku. Sejak Tingkatan 1 dia masuk, ini kali pertama dia kena macam ni. Pening saya dengan perangai budak-budak sekolah sekarang,”ujarnya dengan sedikit keluhan.

“Kita sudah buat laporan polis. Apa yang saya tahu, budak tu sekarang kena gantung persekolahan selama dua bulan.”
Ekoran dari insiden yang berlaku ,Rozita Che Wan telah mengambil keputusan untuk memindahkan anaknya kesekolah yang lain.

“Saya agak terkilan sebab dari Tingkatan 1 lagi saya nak anak-anak saya masuk MRSM. Tapi bila dah dapat masuk, ini jadinya. Bukan setakat Ammar saja, adiknya Aniq Ezzra yang belajar di sekolah sama juga kami terpaksa pindahkan ke sekolah lain.

“Bekas suami cakap, takut jadi apa-apa pada mereka, baik pindahkan mereka saja. Kiranya sudah sebulan jugalah mereka dah tak belajar di MRSM. Sekarang ini, mereka belajar di sebuah sekolah di Subang,” ujar Rozita yang agak terkilan tetapi bersyukur anaknya ada di depan mata.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


FAKTAR TERPESONG:

Pertama
: Apa yang berlaku pada si Ammar ni bukanlah kes "buli" sebagaimana yang diistilahkan oleh Cik Rozita. Perkataan "buli", mengikut takrifan yang digunapakai dan diterima oleh masyarakat membawa maksud :- perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain.

Pelajar yang dikatakan "membuli" Ammar Effendi putera sulung kesayangan Cik Rozita ini, jika diukur dari apa segi sekalipun tidaklah superior ataupun lebih gagah perkasa dari Ammar. Bapanya hanyalah seorang anggota polis berpangkat biasa dengan pendapatan mungkin tidak sampai 1/20 dari pendapatan ibubapa Ammar iaitu seorang pilot dan seorang bintang bergemerlapan di persada hiburan tanahair. Dari segi populariti pun, pelajar ini (yang terpaksa dirahsiakan namanya di sini), langsung tidak dikenali dan hanya seorang pelajar biasa berprofil rendah. Tidak tertanding dengan si Ammar Effendi. Dari segi fizikalpun, dia sedikit lebih kecil dan lebih rendah body-built dan heightnya. Perbuatan yang dikatakan membuli itupun bukanlah perbuatan yang dilakukan berterusan dan berulang kali. Ianya hanyalah satu insiden "touch-and-go" yang disebabkan oleh perasaan marah tidak terkawal. Jadi, secara takrifannya, ianya bukanlah merupakan insiden "buli" sebagaimana yang difahami oleh umum.

Kedua - pelajar ini bukanlah pelajar Tingkatan 5 sebagaimana yang didakwa. Pelajar tersebut merupakan pelajar Tingkatan 3 yang sebaya dengan Ammar Effendi. Tidak timbul soal pelajar lebih senior "membuli" pelajar junior. Ianya merupakan pergaduhan biasa antara rakan sebaya yang tidak berjaya mengawal emosi.

Ketiga: - Apa yang berlaku sebenarnya memang ada kaitan dengan buku yang dipinjam daripada pelajar Tingkatan 5. Tetapi tiada campurtangan pelajar Tingkatan 5 dalam insiden pergaduhan itu. Apa yang berlaku ialah Ammar Effendi telah membuat provokasi lisan kepada pelajar yang memukulnya itu di Bangunan Akademik di hadapan pelajar-pelajar lain. Provokasi biasa sebenarnya, di mana dia telah mengejek pelajar tersebut dengan ayat seperti "Ha.. nak nangis lah tu... nak nangis lah tu..." Mungkin kerana ejekan itu dilakukan di hadapan pelajar-pelajar perempuan yang join mentertawakannya, pelajar tersebut berasa tercabar dan mengajak Ammar ke biliknya untuk settle kan hal itu. Ammar ni pun dengan lurusnya pergilah ke bilik pelajar tersebut. Di situlah berlaku insiden dia ditumbuk di bahagian dada/perut dan telinga. Ammar tidak membalas langsung,

Keempat: Pelajar yang memukul Ammar telah dihadapkan ke Jemaah Disiplin mengikut prosedur biasa kesalahan disiplin di MRSM. Dia telah mengaku melakukan perbuatan tersebut dan dihukum gantung persekolahan selama dua minggu, dan bukannya dua bulan.

Kelima: - Rozita mendakwa mereka juga telah mengeluarkan seorang lagi anak mereka dari MRSM yang sama. Samada Rozita tidak tahu di mana anaknya bersekolah atau memang dia sengaja nak mensensasikan cerita, wallahuallam. Tapi anaknya yang bernama Aniq Ezzra itu tidak bersekolah di MRSM Kuantan. Cuma pada awal-awal tahun dulu, ada juga terdengar yang dia nak merayu supaya anaknya dapat diterima masuk ke MRSM Kuantan jugak. Tak pastilah pulak samada anak keduanya itu berjaya mendapat tawaran MRSM atau tidak.

MRSM Kuantan, atau mana-mana institusi pendidikan sekalipun tidak pernah mewajarkan perbuatan memukul, bergaduh, menggunakan kekerasan, apatah lagi perbuatan membuli oleh mana-mana pelajar atas apa jua alasan sekalipun. Apa yang berlaku pada Ammar memang dikesali dan tidak direstui sesiapapun, tetapi kita menganggap itu hanyalah "ribut di dalam cawan kopi" yang tidak perlulah sampai melibatkan aduan polis, atau hebahan di media-media perdana. Tidak perlulah ibubapa Ammar melenting-lenting seolah-olah seluruh warga MRSM Kuantan terlibat dalam konspirasi mencedera-parahkan anak mereka. Walhal, tiada sebarang kecederaan, atau apa-apa kesan lebam pun yang kelihatan.

Ibubapa anak remaja yang sedang melalui proses pendewasaan yang normal seharusnya lebih boleh berfikir secara rasional, lebih boleh menerima hakikat bahawa dalam proses pendewasaan itu, seseorang anak perlu melalui saat-saat manis persahabatan dan mungkin diselang-seli dengan pelbagai lagi peristiwa yang pahit, tawar, masam, kelat dan sebagainya. "It takes the whole village to raise a child".

Saya sendiri ada berjumpa pelajar yang memukul Ammar sehari selepas insiden semasa dia berjumpa guru homeroomnya. Wajahnya pucat dan suaranya terketar-ketar menceritakan kejadian. Ibu pelajar tersebut juga telah menelefon guru homeroom anaknya malam sebelum itu, juga bercakap dengan nada cukup takut dan cemas memikirkan tindakan yang bakal dikenakan.

Sehingga sekarang bila saya membaca kenyataan-kenyataan Cik Rozita di blog-blog di internet atau di Pancaindera tempoh hari, ingatan pasti melayang kepada satu wajah budak lelaki yang kepucatan yang bercakap dengan nada suara bergetar kepada seorang guru homeroom. Hanya seorang guru untuk mendengar dibandingkan dengan Rozita yang mempunyai jutaan peminat yang mendengar keluh-kesah hatinya, lengkap dengan gerombolan media dan wartawan yang siap-siaga untuk mencanangkan ke seluruh pelusuk negara perihal anaknya yang telah menjadi "mangsa buli" sebuah MRSM!

Mungkin keputusan mengeluarkan Ammar Effendi dari sistem MRSM oleh ibubapanya merupakan tindakan terbaik. Eloklah anakanda tercinta Cik Rozita ni bersekolah di sekolah di Subang tu. Lebih elok kalau dapat masukkan ke sekolah elit swasta di mana-mana. Leave MRSM to those kids from underprivileged families... MRSM diwujudkan untuk membantu anak-anak bumiputera dari golongan berpendapatan rendah luar bandar dan orang-orang biasa rakyat marhaen yang boleh menerima adat hidup sebagaimana orang-orang biasa.

Peminat Rozita jgn marah na..hahaha

Syikin, You Cant Please Everyone okey!!!!!!!!


You can’t please everyone.no matter how hard you try to satisfy everyone, you just cant. there's a limit to everything.not everyone is going to like you.even if you are nice to everyone, someone will find a way to bring you down.no matter how hard you try to be there for someone, they just neglect you.they leave you.there will always be someone that will bring you down.that is why, there’s no point in pleasing others if you can’t please yourself first..so chill syi..just live your life.smile :)

Pengalaman Dapat Bunga Dari Justin Bieber :)

wallo wallo


Assalamualaikum..hari ni kita bukan nak tulis entry tapi nak share pengalaman kawan TUMBLR kita yang dapat bunga time concert Justin Bieber..awwww, mesti semua perempuan yg minat JB, jeles gile enn...kita pun rasa nk bagi pelempang manja2 je kat budak ni sebab terpilih jumpa JB and dapat bunga lagi..dia suh kita share enn..sorry sebab kita lambat share gan korang, da 2k org da share pasal ni, so sesape yg xda tumblr maybe xdapat bace enn..hhehehe..so jom cikidowww pengalaman budak ni..eeiiiiiiiiiii geram!!!






My name is Najihah. I am 18 years old and I’m Justin Bieber’s OLLG in Malaysia. Yes, I’m Muslim. It all started here, I still can’t believe my eyes every time I look at my pictures and videos on stage. It happened so fast, I thought I was hallucinating. My friend and I were standing on the chairs singing to Justin’s “U Smile”, when a guy approached us. I didn’t recognize who he was at first so I thought “OMG! Am I in trouble? Did I do anything wrong?” So I just looked at him. Then all I could hear was “Justin’s One Less Lonely Girl?” and I was like, “Errrr yesssss?!!” Then he repeated his question “Do you wanna be the One Less Lonely Girl for tonight?” What else would I say. “YESSSSSSSSSSSSSS!!!” “Alright, take out your passes and purse, give it to your friend” And so he took me backstage! Along the way, I was thinking whether this is a joke? Am I being kidnapped? Why on Earth am I following a stranger that offers me to be Justin’s OLLG out of the blue?! I But then no, it was for real! I waited with the dancers in one of the tents. I must say, they were ALL very friendly. They are all nice people! The photographer even asked me to make a shout out for Justin Bieber!

When Justin started singing ‘One Less Lonely Girl’, Kenny took me to the backstage and only then I met Selena Gomez. She was so pretty! I think it’s very sweet of her to wait for Justin like that. She was standing the whole time. Kenny told me, ”One of the dancers will take you onto the stage. Just sit on the chair and look him into his eyes because he’ll be singing this song for you.” So, the dancers brought me on stage, I sat on the stool and HE IS WAY BEYOND GORGEOUS, GOOD-LOOKING, CUTE, CHARMING etc. I feel so blessed to be given the chance to look him into his eyes THAT CLOSE! He gave me a dozen of roses. That explains why I didn’t jump around and hug him. He didn’t hug me because the Malaysian government won’t allow any hugs or kisses but only a handshake, so he respected their regulations and I’m already happy to even be on the stage with him. The song was over, they brought me back to my seat. My friend was freaking out. So, I enjoyed the rest of the concert!


so korang da bace enn...hahaha..jeles tak?? najihah sangat beruntungkan dalam berpuluh ribu yg pegi tu dia yang dapat jumpa Bieber..even my cousin yg dapat tiket vvip dgn bayaran 1k pun tak dapat jumpa..bertuah betul najihah..congrats



p/s::: to someone yg gaduh gan aku sebab JB (NONSENSE)
stop dreaming motherfucker, you think justin bieber will fall 4 a malaysian girl??oohh peliissss that is so imposible!! hahahaha

Big Girl Dont Cry :)

I dont know where to start, how stop my heart from breaking apart. i tried to hide it, to pretend that im okay. but the more i denied it, the more it pained me anyway.here im hurting!!! Oh My God i wish i could wash the pain away, because i hurt so bad inside.. i can only hope i will die today
T____T


Broken Heart Myspace Comments


Friday, May 6, 2011

Awak Curang?? Sampai Hati :(

Wallo wallo

Assalamualaikum readers semua

Broken Heart Myspace Comments


Sampai hati ko buat aku mcmni..memang sial betul punya jantan..sia-sia je aku setia gan ko slame ni..patutla msg tak reply, col tak angkat..kla angkat pun asyik nak cari salah aku je..memang F**K..

berpeluh-peluh kawan kita memaki hamun tadi kat balak dia tadi.kesian kwn kita nangis mcm orang sawan setengah mati demi seorang lelaki..sape tak sayang balak bhai..sape2?? tahu pun xda..so normal la kalau seorang perempuan menangis bila kekasih dia curang..ni kisah benar okey..sebab tadi petang kita kuar gan kawan kita Maya bukan nama sebenar..ala saje-saje pusing-pusing UUM dengan scooter sambil buat muka ala2 cute gitu nyah..bak kata orang2 tua bagus untuk kesihatan kla pegi bersiar petang2..time kitaorang berjimba-jimba kat atas motor nak pegi taman rusa sambil bergosip2 tgk amoi pakai suar londeh tetibe kwn kita menjerit dengan kuat..alamak terkejut beruk makyeh kita sampaikan nak terjatuh dari moto..nasib baikla kita sempat pegang dia.kla bobo kita tahu kita nak jatuh dr moto mesti dia tak bagi kita naik moto da..hmmm nasib baik dia tak tahu so korang jgn bagitau dia okey..

Kita dengar kawan kita nangis sambil perlahankan moto tu menuju ke arah seorang lelaki dan perempuan yang sedang berjalan-jalan amik angin petang sambil berguarau senda..eiiii peehhliss gedikk ennn couple tu, nak peluk2 plak..ni kawasan universiti la bodo..ape ke bengapnya korang ni..Opssssssssssss oh my satria GTI, rupenya2 balak kawan kita amir bukan name sebenar yang kita cakap bodo tadi tu..ooo patutla kawan kita nangis n jerit kuat2 sebab dia tgk balak dia dengan perempuan lain.balak kawan kita tu boleh plak buat muka selamba kambing dia depan kitaorang..minah kat tepi dia tu boleh tahan lawa bertudung lagi tapi kesian takda moral berpelukan dalam kawasan universiti..kla nak berpeluk sekali pun pegila jauh2 sikit..sekurang2nya gi la changlun ke..kita tgk kwn kita bawak moto da tak tentu hala da.kita terus bertinda sepantas mungkin, kita suh dia drive masuk ke pusat sukan..time sampai kat pusat sukan tu, kwn kita peluk kita kuat2 sambil maki hamun jantan tak guna tu..

Kesian kot kita tgk kawan kita..dia cakap patutla balak dia tu mcm da tak pedulik kat dia semenjak balik study week hari tu rupa2nya ada udang disebalik mee..time kita tengah pujuk kawan kita tu, ada sorang kawan laki kita datang..dia tanya nape kwn kita nangis, then kwn laki kita tu cakap kla nak lupekan lelaki tu, dia suh kawan kita buat benda ni..HAHAHA..jap nak gelak tapi kurang sopankan..hhmmm dia suruh...........

"kawan kita kencing then ludah kat kencing tu sambil cakap maki lelaki tu"

HAHAHAHA..kelakarkan petua yang dia bagi tu..kita tak tahu nak pecaya ke tak..tapi kawan lelaki sekelas kita tu alim orangnya.kita tak pasti kawan kita buat ke tak..tadi pas kawan kita balik, kita pegi cafe gan kawan kita yang lain, then kita terserempak dengan balak kawan kita yang tadi, agaknya baru balik dari bersiar2 tadilakan..so dia kita.dia tanya pasal kwn kita tu.kita tanya ahh dia balik nape ko curang.then dia cakap, dia tak tahan gn kawan kita sebab kwn kita suka cubit2 dia, suka call setiap masa, nak tahu semua benda, tak pakai tudung and lagi satu jawapan yg paling kelakar kla budak2 tadika dengar iaitu sebab kawan kita anak orang kaya that why dia curang..haiiyyaa gile tak..takkanla sebab cubit pun membolehkankan ko curang..kla ko sakit ko cubitla dia balik takpun bagi kaki..opss jgn dayus seorang lelaki pukul perempuan..wehhh beb ape salahnya kla pasangan kita nak call ke sms ke..salah ke huh?? bagi kita, kita suka je..tapi nak buat mcmne lain org lain selera.sebab tak pakai tudung tu bongoklakan, da ko tahu dia tak pakai tudung dari awal nape dulu duk tergila2 sampai sangup pegi tunggu kat depan kolej malam2 semata2 nak mkn mlm bagai..anak org kaya?eleh kla da tahu mcm tu nape time nak kenal tak ukur baju kat badan sendiri..sebab tu memang agak kuno, duit bkn mjamin kebahagian, xley bawak mati wahai kwnku :)

hmmm kita nak tanya enn kepada kaum lelaki ni suka curang?? ada x yg boleh jawab kat saya..kla ada sila komen entry ni..hmm bagi pendapat kitalakan, tak cukup ke dengan sorang je awek? kla nak cari len sebab awek kita tu bukan yang terbaik, kita tgk dulu diri kita terbaik ke tak..hahaha..ari tu kita ada gak tulis entry pasal lelaki curang ni..kla nak tgk sila pegi dekat sini..so kurang boleh nilai enn knp la lelaki ni suka curang..pelisla kesian kot gn kaum perempuan ni sentiasa dianiaya.

p/s:: Lelaki pelis setia pada cinta..kepada kawan kita, jgn sedih2 okey, lelaki mcm tu tak worth it pun nak sedih..dia bukan lelaki terbaik untuk you okey..chill :)

bye

Happy 7th Monthsary :)

To My One And Only One,

I know we haven't been dating that long, but i want you to know that i love you from the bottom of my heart. from the moment i first met you, i knew that i wanted you in my life, whether as a friend of something a little more. Bobo, i prayed for a long time to find someone like you. someone willing to fight for me, someone to make me smile and someone who i know truly loves me. you're in my thoughts, my dreams, and every breath i take. i can tell just by the way you hold me that i mean so much to you..you make me feel so special when i'm with you. i hope you know how much you really mean to me..you're the reason why i get up in the morning, the reason why i do all the things i do because of how you treat me.


There are no words to express the gratitude i feel in my heart, that our hearts have come to do well together, as one. the day we met was fate. you are my destiny. i love you more today than i did yesterday, and i'll love you more tomorrow than i do today. loving you is the only thing that makes life worth living. sayang, please forgive me for all the hurt that i have caused you in the past..i love you and i always will until i die. hopefully, when that day comes, i will still have you by my side and you will be that last angel face i see. i will be able to hold you in my arms one last time and tell you how much i love you and how much you really mean to me.

bobo, you are so special and i wish with all my heart that i truly am the one for you.i wouldn't want it any other way. i love you with all my heart. you are my best friend, my boyfriend, my everything, and you mean the world to me. you are one in a million, Bobo..

You are my one true love

Love Myspace Comments

Oh My God!! Me and You..HAHAHA

HAPPY 7th MONTHSARY :)

Wednesday, May 4, 2011

Cadbury Love Contest

wallo wallo

Assalamualaikum readers,

6hb Mei nanti genaplah 7 bulan saya couple gan hafiz aziz..hehehe..lame jugakkan bertahan walaupun banyak sangat dugaan yang dtg melanda bagaikan halangan api super mario yang saya main tu..jadi itu diistiharkan saya akan mengadakan contest..taarraaa 1st time buat contest ni..pedehalkan..hehehe..Cadbury Love Contest..sedap tak name tu?? okeyla no bad la kan..act saya saje je nak buat contest ni sebab monthly anniversary saya dengan hafiz da dekatkan..so jom semua join contest saya ni..

syarat-syaratnya:
1. Letak banner yang sangat sweet ni bagi saya kat entry awak



2. After that awak tulis entry yang bertajuk

"KENAPA SAYA SAYANG BOYFRIEND/GIRLFRIEND SAYA"

hehehehe, tak susahkan entry cadbury love ni kan..senang je kan..kla boleh letak gambar skali bagi nampak sweet :)

3. Next, awak bagi link awak tu kat entry contest ni dan jangan lupa tag 5 orang blogger lain dan make sure dia tahu dia ditag :)


4. Tarikh tutupnya adalah 5hb Jun tepat pukul 11.59 malam

5. Pemenang akan dipilih dengan entry yang paling best dan panjang..dua orang pemenang iaitu entry paling best dan pemenang bertuah yang ditentukan oleh cik random..

6. Hadiah?? hehehe okey hadiahnya choclairs cadbury 1 kotak besar

okey gud luck semua..love you all :)

nite readers

Kawan Diibarat Sebilah Gunting

saya ada sebilah gunting..gunting tu saya gunakan untuk gunting kertas dan pernah juga saya terluka sebab gunting itu.tapi tak ape saya tak kisah pun.gunting tuh dah lama saya guna dari sem 4 sampaila final sem ni.gunting tu da ada tompok-tompok karat kat tepi2nya walaupun saya beli gunting tu dengan harga yang mahal.tapisaya tak buang pun.. nape ye?????? sayanglah nak buang, macam awak juga..saya ada awak n awak je..saya kawan dengan awak dari sem 3 lagi so bermakna saya dengan awak lagi lama dari gunting tu..awak jadi teman saya yang paling terindah sebab awak caring segalanya pasal saya..terima kasih awak..

kadang-kadang tuh ada juga terluka sebab awak.tapi tak apa saya kuat lagi dan mampu memendam ape yang boleh memeritkan hati saya.awak nak tahu tak awak istimewa berbanding gunting tu sebab gunting tu saya simpan kat dlm loker saya tapi awak saya simpan ketat-ketat dalam hati saya..sampai bila2 awak tetap kawan baik saya walaupun awak selalu menyakiti saya.. saya tetap tak ambik hati.. kerana dalam persahabatan ada pahit manisnya.. pahit sekali pun harus ditelan kerana itu adalah lumrah hidup manusia yang hidup di muka bumi ini..tapi satu je awak yang membezakan awak dengan gunting ni, awak tikam blakang saya tapi gunting tu xreti nak tikam blakang saya..setelah semua kebaikan saya berikan kepada awak, hanya kutukan dari belakang yang saya terima..begitu rendah nilai persahabatan bagi awak..terima kasih awak untuk segalanya kebaikan yang awak curahkan kepada saya dengan tidak terhingga..terima kasih di atas kutukan awak yang sangat memberansangkan saya..

semoga awak berjaya dalam final exam nanti..

thanks :)


Friends Myspace Comments


Thanks sebab sudi jadi kawan saya walaupun awak mengutuk kat blakang saya..saya tetap sayang awak.tapi awak ingat okey dunia ni ibarat roda, what goes around comes around, so just wait ur turn.act i dont give u damn but thanks for everything what u've done to me.. :)

bye

Resepi Ayam Masak Merah Bymbo

wallo wallo


Assalamualaikum readers

Okey sebelum lunch saya nak bagi resepi lauk kegemaran saya dan bobo..hehehe..bobo saya suka sangat makan ayam masak merah..samela gn saya..bak kata orang tua2 serasi la katakan..puuiihhh perasan enn..kla kat rumah cuti sem setiap hari ibu saya kena masak ayam masak merah ni sampaikan semua yang lain da bosan da mkn menu yg sama..tapi saya tak bosan pun..kla tinggalkan saya kat dunia ni gn ayam masak merah saya boleh berdikari..hehehehe..sape suka ayam masak merah angkat tangan dengan sopan ye..okey ramai jugak ekk..so hari ni sesape yg masih tercari2 nak masak menu ape untuk lunch jom try resepi saya..comfirm sedap sb saya ni mulut cerewet..benda yg sedap je saya makan..cikiddoooww..



Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
bahan-bahan yang perlu dikisar:
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
bahan-bahan untuk hiasan:
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya
Cara penyediaan:
  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.
Hasilnya:



...........................................................................................................


Tarraaaa da siapkan..senang je..setengah jam buat da boleh siap da..so bobo sabar ekk nanti bubu masak nanti kahwin okey..hehehehe

Ingin Bersama Mu

dear hafiz aziz,


Pandangan pertama dan senyumanmu
yang penuh kemesraan terukir di ingatan
tiap detik berlalu tak bisa untukku melupakanmu
Setiap ketika ku rasakan bayanganmu menemani ke mana pun ku pergi
Hingga di dalam lena Ku masih lagi termimpi-mimpi
Apakah kau pun terasa segalanya yang ku rasa

Andai ada ruang di hatimu Inginku menjadi ratumu
Mengecapi cinta Ke akhir usia Dalam suka Dan di dalam duka
Ingin aku bersamamu Kekasihku

Ku sering tertanya Beginikah berputiknya cinta
Menghiasi jiwa Rindu menjadi lagu
Gemersik suaramu ungkapan shahdu
Apakah kau pun begitu Asyik terkenang diriku

Walau ke hujung dunia Kekasihku
Walau di hujung waktu Takkan pudar cintaku Untukmu

Love Myspace Comments


I Love You Sayang

Tuesday, May 3, 2011

Hafiz Aziz Pelakon Baru Bagi Saya Rantai Dan Cincin?

wallo wallo

Assalamualaikum readers..lame gile kot xupdate blog sampaikan BE nuffnang pun tak bertukar jadi iphone, digi, air asia, cadbury macam hari tu da..so moral of da storynya kena update entry baru setiap harilakan kla nak dapat benda comel tu kuarkan..kawan2 pun jangan lupe click okey, xpayah bayar pun, click je kasi sedekah kat saya..hehehehe..

Act saya baru balik dari Kolumpur..wah akhirnya dapat jugak jumpa bobo saya tu walaupun hanya sekejap..ceh xpyh nak sekejap sangatlakan rasanya dekat 5 hari jugaklakan.pagi tadi baru sampai UUM balik.penat pun tak ilang lagi tapi terpaksalah gagahkan jugak diriku yg kurus keding ni untuk bangun study.yelakan nak exam da.saya start final exam 11hb then next paper 13, 15 and 23..final exam untuk last semester ni so pasni saya tak payah nak berhempas pulas berperang dengan exam lagilakan..hehehe..merdeka!!!

ape?? tajuk entry enn? cam panas jekan tapi sebenarnya xpanas pun..hahaha..hafiz aziz tu BF saya la..tak payah nak pelakon baru sangatlakan nyah oiii, baru je berlakon cite budak2 kat astro tu..aikkk muka sama gn Aaron Aziz ekk?? of kos la,sibling maaa..

dear bobo,

thanks bo untuk suprise u yang sangat menjadi tu sampai hati limpa i jatuh terkejut, tapi jangan risau i xda setting balik da masuk kat lubang jantung da.u, i terkejut giler vavi time hantar i kat upm then time i nak turun tu, i bukan pintu then u pangil i, i pandang u..tetibe..OMG, u bukak kotak rantai depan i..thanks sayang..loket tu yang i paling sayang sebab loket kunci. u cakap

"sayang jage kunci tu baik2, sebab dengan kunci tu, u da kunci hati i untuk u sorang je..kla kunci tu u bagi balik kat i bermakna u da bukak hati i..i love you"

so sweetkan sayang..thanks untuk segalanya..thanks untuk suprise tu..thanks..patutla time pegi alamanda hari tu u cakap ada suprise..hehehe..sayang thanks jugak untuk cincin couple tu sayang..cantik sangat..siap tulis "two is better than one"..i sayang cincin tu sebab paling bermakna ada nama u dalam tu..u, seyes i cakap sebelum ni i couple i xpenah ada cincin sebab i mmg xpenah seyes pun..tapi kali ni u lain..u re da best..i love you forever n ever sayang..

sayang, tahniah sebab dapat gold medal untuk tournament u, universal national taekwondo 1 mei..walaupun lutut u sakit masuk hospital bagai tapi u still nak main jugak..sayang, game ni lagi okey dari u main kat INTEC last day sebab kat intec ari tu u macam ganas sangat, tak fokus score then i xsuka u main tumbuk2 ikut stail ITF..i xsuka that why i xnak da u gi training gn diaorang..pasni u just fokus gi training gn sashi je..jujur i cakap tanpa sashi u mcm xda pegangan bile fight..korang mmg da serasikan, so pasni i nak u training buat yang terbaik, sebab i nak u jadi famous mcm dulu sayang..HAHAHAHA..Then nanti bolehla tapau manusia2 kerek yg bajek star tu kan sayang..lalalalala

its me,
your wife <3

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

geli tak bace surat cinta saya n bobo kat atas tu?? okey fine sila muntah satu baldi dengan kadar segera..hehehe..

okeylah malas nak tulis panjang2, nak facebooking gn bobo plak :)

bye n good nite..have a nice sleep..